Lemah tenaga batin atau juga
dikenali sebagai mati pucuk merujuk kepada ciri-ciri kegagalan alat kelamin
lelaki untuk menegang atau mengekalkan ketegangan sehingga mencapai kepuasan
seks. Ia juga dikenali dengan nama disfungsi erektil (ED) atau "impotens'"'
dalam istilah perubatan.
Keadaan ini berpunca dari banyak
sebab, seperti masalah jantung yang tidak disedari , darah tinggi dan kencing
manis, kebanyakannya mampu dirawat.
Punca
Punca masalah lemah tenaga batin
boleh disebabkan oleh psikologi atau fisikologi. Dari segi fisiologi,
ketegangan zakar adalah melalui mekanisma hidrolik berasaskan darah memasuki
dan dikekalkan dalam zakar, dan terdapat pelbagai cara ia terhalang,
kebanyakannya boleh dirawat. Mati pucuk psikologi adalah di mana kegagalan
tegang disebabkan pemikiran atau perasaan dan bukannya kegagalan fisikologi;
dan ini sering kali boleh diatasi. Dalam masaalah mati pucuk psikologi,
terdapat kesan plasebo yang jelas.
Ubat yang diberikan oleh doktor
untuk merawat penyakit kencing manis, sakit jantung dan tekanan darah tinggi
boleh menyebabkan lemah tenaga batin apabila diambil secara berterusan. Oleh
itu, adalah baik jika pesakit berbincang dengan doktor berkenaan kesan
sampingan tersebut, sebelum memula mengambilnya.
Pesakit dengan masalah jantung sering
kali diberikan ubat yang mengandungi nitrat. Bahan aktif dalam ubat mati pucuk
(seperti Sildenafil Citrate (Viagra),Cialis dan Levitra) mampu berinteraksi
dengan nitrat dan menurunkan tekanan darah kepada paras merbahaya dan mampu
membawa maut.
Bagi pesakit kencing manis, darah
tinggi atau kalesterol tinggi mengambil ubat tanpa rujukan doktor mampu
menyebabkan kesan sampingan merbahaya seperti kegagalan ginjal.
Lemah tenaga batin, berkait rapat
dengan tanggapan budaya kepada kesuburan, kejayaan, dan kelakian, mampu
menyebabkan kesan psikologi teruk termasuk perasaan malu, perasaan hilang harga
diri atau rendah diri; seringkali ia tidak perlu kerana dalam kebanyakan kes ia
boleh diatasi. Terdapat budaya menyepi yang kuat dan tidak mampu berbincang mengenai
masaalah ini. Fakta sebenar adalah sekitar 1 dari 10 lelaki akan mengalami
masaalah lemah tenaga batin berulang pada satu ketika dalam hidup mereka.
Diagnosis / kaedah mengesan
Setakat ini tiada cara yang
formal untuk mengesan penyakit ini. Beberapa ujian darah adalah secara amnya
dijalankan untuk mengasingkan penyakitkan lain seperti diabetis, hypogonalism
prolactinoma.Penyakit ini juga dikaitkan dengan amalan gaya hidup yang tidak
sihat, amalan pemakanan yang tidak seimbang, obesiti dan penyakit kardivaskular
seperti penyakit alteri koronari, dan penyakit 'peripheral vascular'.
Kaedah yang berkesan untuk
membezakan pesakit mengalami ED secara organik atau psikologi ialah mengetahui
samaada pesakit pernah mengalami ereksi atau tidak.
Ujian klinikal bagi mengesan ED
Ereksi zakar sewaktu tidur
(Nocturnal Penile Tumescene - NPT)
Untuk lelaki normal, mereka akan
mengalami ereksi sebanyak 3 - 6 kali sewaktu tidur pada waktu malam,
terutamanya semasa 'pergerakan pantas mata' atau 'Rapid eye movement sleep'
(REM). Jika ini tidak berlaku ia mungkin disebabkan oleh kerosakan urat saraf
atau saliran darah ke dalam zakar.Ia boleh diketahui dengan menggunakan
peralatan seperti :
Test Bands @ Snap Gauge
Kertas atau filem yang diletakkan
pada zakar sebelum tidur,apabila terjaga keesokkan paginya, lihat samaada
kertas atau filem tadi terlah teputus/koyak atau tidak,jika ya maka ereksi
telah berlaku semasa tidur,jika tidak peseakit mungkin mengalami masalah ED
RigiScanTM
Sejenis alat yang perlu dipasang
sebelum tidur pada zakar,sewaktu tidur, ia akan merakamkan aktiviti zakar
seperti bilangan ereksi dan kekenyalan zakar.
Nocturnal Electrobioimpedance Volume
Assement (NEVA)TM
Alat yang berfungsi berasaskan
prinsip rintangan bio-elektrik.Ia dapat merekodkan aktiviti zakar sewaktu tidur
seperti bilangan ereksi, jumlah darah yang keluar atau masuk ke dalam
zakar,keratan rentas zakar dan panjang zakar.
- · Ultrasound duahala (Duplex ultrasound)
- · Funsgi Saraf Zakar (Penile Nerve Function)
- · Angiogram Zakar (Penile Angigram)
- · Biothesiometri Zakar (Penile Biothesiometry)
Rawatan
Rawatan bergantung kepada punca. Tambahan
testosterone boleh digunakan bagi kes disebabkan kekurangan hormon.
Bagaimanapun, punca sebenar kemungkinannya disebabkan kekurangan bekalan darah
pada zakar disebabkan kerosakan lapik dalam urat darah. Kerosakan ini lebih
kerap pada lelaki berusia, dan sering kali dikaitkan dengan penyakit, terutama
kencing manis, kesan akibat merokok, penyakit jantung dan tekanan darah tinggi.
Rawatan (dengan pengecualian tambahan testosterone,
apabila berkesan) bertindak hanya sementara: ia membolehkan penegangan dicapai
dan dikekalkan cukup lama untuk bersenggama, tetapi tidak menyembuhkan keadaan
sebenar. Terdapat pelbagai rawatan sedia ada:
Rawatan Oral
3 jenis pil kini tersedia daripada doktor dan ia
bertindak dengan simulasi secara seksual. Bergantung kepada jenis rawatan, ia
memerlukan sekitar 20 minute hingga 1 jam sebelum eks dan tempoh keberkesanan
berbeza antara 3 jam sehingga 36 jam.
Alprostadil
Ini boleh disuntik kedalam zakar atau dimasukkan
dengan menggunakan peralatan khusus - biasanya sebelum bersenggama.
Pam hampagas zakar
Ia bertindak dengan menarik darah kedalam zakar
menyebabkan zakar mendapat ereksi dan padat digunakan sebelum bersenggama.
Rawatan hormon
Ia jarang digunakan, tetapi sesetengah lelaki
menerima hormon bagi menangani masaalah ketegangan mereka. Ini bergantung
kepada punca masaaalah selain faktor lain yang ditentukan oleh doktor.
Pembedahan
Seringkali, sebagai langkah terakhir, prosedur
paling biasa adalah menanam prosthetik yang membabitkan memasukkan batang
buatan kedalam zakar.
Khidmat nasihat
Nasihat merupakan satu jalan, apabila punca
psikologi disyaki atau mesti diketepikan, atau sebagai membantu menguruskan ketegangan
fikiran.
Lebih drastik lagi, menanam zakar buatan boleh
ditegankan atau kaku melalu pembedahan. Penanaman biasanya tidak boleh diundur
dan mahal.
Kesemua kaedah mekanikal diatas berasaskan prinsip
mudah hidrolik dan mekanikal dan boleh diharapkan, tetapi mempunyai kelemahan
tersendiri.
Dalam beberapa kes terdapat masaalah vaskular yang
boleh dirawat melalui pembedahan.
sumber : wikipedia
gambar : sobek15