Kita selalu mendengar tentang hukuman gantung sampai mati
di corong² radio & di kaca televisyen. Hukuman ini dijatuhkan kepada
pesalah² yang telah melakukan jenayah berat seperti mengedar dadah,
membunuh & sebagainya. Bayangkan jika kita sendiri yang menerima
hukuman tersebut, pasti kecut perut & kering darah merasai ketakutan
membayangkan leher kita bakal dijerut & dibiarkan tergantung sampai
mati. Harap² dijauhkan, amin…
Semoga artikel di bawah ini akan menyedarkan dan
menginsafkan kita tentang akibat jika kita terlibat dalam jenayah besar
& juga kecil, kerana dari yang kecil akan membawa kepada yang lebih
besar.
Tali gantung yang diimport diperbuat dari jenis jut yang
paling bagus dan dibalut dengan kulit lembut supaya tidak mencederakan
kulit banduan yang akan digantung.
Setiap
satu berharga di antara RM4,000 satu hingga RM5,000. Tali gantung ini
semasa diterima daripada ejen pembekal akan diuji ketahanannya dengan
menggantungkan patung seberat lebih 90 kilo selama 72 jam.
Setiap tali gantung ini mempunyai nombor siri & ia diklasifikasikan sebagai senjata & ianya disimpan di dalam peti besi.
Setiap tali gantung yang diterima ada perkiraannya. Ada
cara² yang kita kena ikut. Tidak boleh ambil & terus pasang. Ada
empat jenis tali & tali tersebut dipilih mengikut berat banduan.
Di antara ciri utama tali gantung ialah tembaga pembunuh yang berfungsi untuk mematahkan tengkuk banduan.
APABILA RAYUAN DITOLAK
Di Penjara Kajang, banduan yang dijatuhi hukuman gantung
dikenali sebagai banduan akhir & ditempatkan di Blok Abadi sehingga
hukuman dilaksanakan.
Mereka ini menghabiskan hampir 23 jam sehari sendirian di
sel mereka & hanya boleh meninggalkan sel atas kelulusan pegawai
yang bertugas.
Banduan akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun² sehingga
habis keseluruhan proses rayuan yang membabitkan Mahkamah Rayuan,
Mahkamah Persekutuan & Jemaah Pengampunan Negeri.
Sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak,
Mahkamah Persekutuan akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman
& di dalam waran itu akan disebut nama banduan, nombor kad
pengenalannya serta masa hukuman akan dijalankan iaitu di antara 5.30
pagi hingga 6.30 pagi.
Waktu untuk laksanakan hukuman adalah satu jam. Untuk
banduan beragama Islam biasanya hukuman gantung akan dijalankan pada
hari Jumaat, selepas solat Subuh. Bagi yang bukan Islam pula, waktunya
lebih kurang sama, cuma harinya boleh berbeza.
Selepas waran dikeluarkan, banduan akhir akan dibawa
berjumpa dengan pengarah penjara yang akan memaklumkan tentang
pelaksanaan hukuman gantung selepas segala proses rayuan terakhir
ditolak.
Biasanya banduan akhir ini akan tahu dia akan digantung bila mana dia dibawa keluar dengan tangan bergari & kawalan ketat.
Semasa banduan akhir berada di bilik pengarah ini, kaum
keluarganya yang biasanya sudah dimaklumkan seminggu lebih awal sudah
menunggu di luar penjara untuk ‘perjumpaan terakhir.’
Lazimnya suasana dan pilu akan menyelubungi setiap perjumpaan terakhir ini.
Banduan juga diberi pilihan untuk ‘hidangan terakhir’ bernilai RM7.50.
HARI PENGGANTUNGAN
Kebanyakan banduan akhir yang menjalani hukuman gantung dangan rela setelah menunggu begitu lama untuk hukuman dilaksanakan.
Mereka yang rajin solat, tak kira agama, menunggu dengan
tenang & sudah bersedia. Ada beberapa orang sahaja yang menjadi
agresif sehingga ke saat² terakhir.
Menurut seorang petugas penjara yang bernama Samsul, ‘Ada
sesetengah banduan puas hati & beritahu saya nasib mereka lebih baik
dari saya kerana mereka tahu bila mereka akan mati. Bila kita buka
pintu untuk bawa mereka keluar ke bilik gantung, ada yang salam dengan
kita dan ucap terima kasih. Mereka kata mereka dah tak tahan lagi
menunggu,’ katanya.
Di hari mereka diberitahu hukuman gantung akan dijalankan, mereka akan meminta pena dan kertas untuk nota terakhir.
‘Jangan ikut tabiat buruk ayah’. Itu antara kata² terakhir seorang banduan untuk anak²nya, yang masih Samsul ingat.
Banduan juga boleh memilih pakaian apa yang hendak dipakainya pada hari hukuman.
‘Ada banduan beragama Islam hanya mahu pakai T-shirt putih
& seluar solatnya. Ada yang memilih kot & tali leher. Ada yang
pakai kasut kulit berharga RM300. Mati penuh bergaya, kata banduan itu
dengan jenaka,’ cerita Samsul.
Hukuman gantung pula hanya dijalankan selepas semua pihak
termasuk pengarah & doktor berpuas hati dengan keadaan banduan pada
hari hukuman akan dilaksanakan.
BILA PINTU PERANGKAP RENGGANG
Pintu perangkap di bilik gantung di mana banduan akhir berdiri akan secara automatik renggang sepenuhnya bila ‘gear’ ditarik.
Di bawah lantai pintu perangkap ada ruang kosong dengan ketinggian 5.18 meter.
Bunyi pintu perangkap yang terbuka dengan kuatnya memecah kesunyian suasana penjara.
Menurut Samsul, proses menggantung dari masa banduan dibawa
keluar dari bilik menanti ke bilik gantung dan pengarah memberi isyarat
kepada tukang gantung untuk menarik ‘gear’ yang akan antaranya membuka
pintu perangkap hanya mengambil masa kira² 15 saat.
Semuanya perlu dibuat dengan lancar dan menurut Samsul,
kematian berlaku dalam masa di antara 30 saat hingga satu minit &
banduan akan diturunkan & diletak di atas troli selepas setengah jam
dibiar tergantung.
‘Saya sering ingatkan pembantu² saya supaya menghormati
jenazah kerana dia sudah menjalani hukuman. Kalau kita hormat pada dia,
semuanya tak ada masalah.
‘Bagi saya pula, kebiasaannya saya akan pandang muka
jenazah ini dan letakkan tangan saya di atas dadanya. Ini petua yang
diberi oleh ketua saya dahulu,’ kata Samsul.
Menjalankan tugas khas ini memberikan banyak keinsafan
kepada Samsul. Beliau menasihatkan ibu bapa supaya memupuk nilai² murni
kepada anak² mereka untuk mengelak mereka terjerumus melakukan jenayah.
‘Segala²nya bermula dari keluarga. Kalau keluarga tak
kawal, lingkup. Dadah, umpamanya, kalau seorang dalam keluarga jadi
penagih, satu keluarga akan terjejas,’ katanya sambil menjelaskan bahawa
kebanyakan kes hukuman gantung adalah berkaitan dengan dadah.
Kongsilah sbb ini penting untuk mendidik anak² kita ..